|

Pengenalan
Produk
Lokasi
Lawatan
Katalog
Tempahan
|
|
Lawatan
Sambil Belajar Berpakej di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah
Di sini kami menawarkan
khidmat penerangan, demonstrasi dan proses yang terlibat dalam pembuatan
barangan kraf di Bengkel Labu Sayong kami di Kampung Paya Lintah, 33700
Padang Rengas Perak. Mana-mana pihak khususnya di IPTA, IPTS, Maktab Ilmu
Khas, Majlis Perbandaran/Daerah, Sekolah-sekolah yang ingin mengadakan
lawatan dan kajian secara berkumpulan atau individu; kami di sini cukup
mengalu-alukan kedatangan anda ke tempat kami. Justeru, pihak-pihak
berkenaan mestilah menghubungi pihak kami terlebih dahulu ( 4 @ 3 minggu
lebih awal ) untuk berbincang hal-hal berkaitan bagi kelancaran sesuatu
program yang hendak dijalankan di Bengkel Labu Sayong kami. Ini amatlah
penting bagi menetapkan tarikh , masa, majlis jamuan (sekira ia diperlukan),
pakej apa yang diminta, jumlah pelawat atau saiz lawatan dari pihak
berkenaan supaya ini semua dapat disesuaikan dengan masa, tenaga kerja dan
kekangan di pihak kami. Kami juga ingin memperkenalkan keistimewaan di
tempat kami iaitu lokasi perkelahan untuk mandi-manda di
Lata Air Terjun Paya Lintah dalam
kampung kami iaitu kira-kira 500 meter dari Bengkel Labu Sayong Paya Lintah.
PAKEJ YANG DITAWARKAN
|
|
Perkara yang diperlukan bagi permohonan lawatan :-
-
Persetujuan daripada pihak kami ( untuk
booking sesuatu
tarikh lawatan).
-
Sila maklumkan kepada pihak kami apabila pembayaran wang
lawatan melalui akaun bank CIMB telah dilakukan ( bagi pakej
1 & 2). Makluman, tempahan
tarikh lawatan akan dikira sebagai sah dan mengikut
queue/giliran
apabila pembayaran telah dilakukan ke dalam akaun bank yang
ditetapkan iaitu
first
come first serve.
-
Surat rasmi memohon mengadakan lawatan daripada pihak
sekolah/Jab/IPT/Agensi yang mempunyai
letter
head ( wajib ) . Yang ditandatangan oleh Guru
Besar/Pengetua/Penolong kanan/Dekan/Timbalan Dekan/Penolong
Pendaftar atau setaraf. Sila pastikan item-item seperti di
bawah disertakan dalam membuat surat permohonan lawatan. Dan
dihantar secara pos dengan segera tidak lewat daripada 21
hari sebelum tarikh lawatan. Namun, permohonan yang lewat
boleh dipertimbangkan sekiranya stok bahan mentah mencukupi
dan tiada tempahan lawatan lain dalam 14 hari sebelum dan
selepas daripada tarikh yang diminta.
ITEM BERIKUT ADALAH :
·
Kepada :
Pengurus,
§
No.141, Perusahaan Kraftangan Labu Sayong Paya Lintah,
§
Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak
§
(u.p :
Pn. Saidah Binti Pandak Sidek)
·
Perkara : Memohon
Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Bengkel Labu Sayong
·
Tarikh Lawatan :
·
Masa :
·
Bilangan Peserta dan guru/pensyarah pengiring :
·
Nama Ketua Rombongan beserta ( no.telefon mudah alih ) yang
boleh dihubungi :
-
Salinan Resit Bayaran Bank-In bagi
pakej (1) dan (2)
sahaja . Di bawa semasa lawatan berlangsung. Wang Deposit
lawatan tidak dikembalikan melainkan masalah berlaku di
pihak kami.
|
Antara aktiviti lawatan sambil belajar tahun
2004 - SMK Bakti Tasek Gelugur
Antara aktiviti lawatan sambil belajar tahun
2006 - UIA
Antara aktiviti lawatan sambil belajar tahun 2006 -
UIA
Antara aktiviti lawatan sambil belajar tahun 2006 -
UIA
|
|
Antara aktiviti lawatan sambil belajar tahun 2004 -
Politeknik Seberang Prai
BUKU PELAWAT - Lawatan Sambil
Belajar
|
|
|
|