|
Pertanyaan
1.01 :
Kami
berasal dari rawang, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri
perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong
Paya Lintah. Jika kami masuk susur keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar?.
|
Jawapan 1.01 :
Setelah anda memasuki susur keluar ke Plaza Tol
Kuala Kangsar. Ikut jalan besar ( tanpa memasuki mana-mana simpang ), jalan
terus menghala ke Gerik / Lenggong. Setelah hampir 2 Kilometer perjalanan dari
plaza tol kemudian di
sebelah kanan jalan, anda akan nampak kawasan perindustrian MIEL Lubuk Merbau
, kemudian di sebelah kiri jalan seterusnya akan nampak Stesen
Meteorologi / Kaji Cuaca Lubuk Merbau Kuala
Kangsar, dan Taman Impiana Kuala Kangsar. Kira-kira 300 meter ke
hadapan anda akan nampak papan tanda simpang ke Lubuk Merbau. Selepas ini belok kiri memasuki Lubuk Merbau.
Setelah memasuki simpang tersebut jalan terus, anda akan
melepasi Sekolah Kebangsaan Syeikh Al-Marbawi. sehingga anda menemui simpang tiga (
Pekan Kecil Lubuk Merbau ). Belok kiri ( Jalan ini menghala ke Pekan Padang Rengas )
Anda akan menempuhi 4 kilometer untuk sampai ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah.
Lihat
Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Plaza Tol Kuala Kangsar Ke Bengkel Labu
Sayong Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
1.02 :
Kami
berasal dari Pengkalan Hulu, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri
perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong
Paya Lintah. Kami tidak arif jalan ke tempat tersebut.
|
Jawapan 1.02 :
Jalan yang akan saya nyatakan ini ialah Jalan
Raya Gerik- Kuala Kangsar. Kira -kira 6 Kilometer sebelum sampai ke jalan
bertingkat Kuala Kangsar. anda akan berjumpa persimpangan ke Lubuk Merbau.
Perhatikan Papan Tanda Arah. Pada persimpangan pertama ini, jalan ke kiri
menghala ke Kampung Beluru atau Tanah Merah. Manakala jalan ke kanan akan
memasuki Lubuk Merbau. Pilihan anda tentulah belok kanan, 50 meter kemudian anda
akan melepasi jambatan kecil dan 100 meter kemudian berjumpa dengan pekan kecil
Lubuk Merbau. Anda akan bertemu dengan simpang tiga. Kemudian belok ke kanan (
Jalan ini menghala ke Padang Rengas ). Pada persimpangan ini juga ada papan
tanda untuk ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Paya Lintah. Anda akan menempuhi 4 Kilometer untuk sampai ke Bengkel
Labu Sayong Paya
Lintah.
Lihat
Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Lenggong / Gerik Ke Bengkel Labu
Sayong Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
1.03 :
Kami
berasal dari Taiping, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk kenduri
perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong
Paya Lintah. Jika kami menggunakan jalan lama persekutuan ke Kuala Kangsar (
Padang Rengas ) ?
|
Jawapan 1.03 :
Untuk pengetahuan anda perlu berhenti di Pekan
Padang Rengas iaitu berlatar belakang Gunung Batu Kapur iaitu Gunung Pondok.
Pada Persimpangan Pekan Padang Rengas ini sila belok kiri menghala ke Lubuk
Merbau. Anda akan menempuhi 6 km perjalanan sebelum sampai di Bengkel Labu
Sayong Paya Lintah kami iaitu berada di tepi jalanraya sahaja.
Lihat
Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Taiping / Butterworth Ke Bengkel Labu
Sayong Kampung Paya Lintah |
|
Pertanyaan
1.04 :
Kami
berasal dari Sungai Siput, ingin membuat tempahan @ Pembelian; bekas telur untuk kenduri
perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong
Paya Lintah. Jika kami menggunakan jalan lama persekutuan ke Kuala Kangsar (
Bengkel Labu Sayong Paya Lintah )?.
|
Jawapan 1.04 :
Anda seharusnya menggunakan jalan lama
persekutuan dari arah Sungai Siput menghala Bandar Kuala Kangsar kemudian
menghala ke Taiping. Pada Jalan Bertingkat Simpang ke Plaza Tol Kuala Kangsar
atau ke Gerik. Maka anda seharusnya memilih jalan ke Gerik @ Lenggong kerana
jalan ini merupakan jalan pintas ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah kami.
Kira-kira 2 km kemudian akan berjumpa kawasan perindustrian MIEL Lubuk Merbau
, Stesen Kaji Cuaca Lubuk Merbau Kuala Kangsar, dan Taman Impiana Kuala Kangsar.
Selepas ini belok kiri memasuki Lubuk Merbau kemudian jalan terus sehingga anda
menemui simpang tiga menghala Padang Rengas. dari sini anda akan menempuhi 4 km
sebelum sampai ke Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas. Simpang
ini juga terdapat panduan papan
tanda untuk ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Paya Lintah.
Lihat
Jujukan Panduan Perjalanan Dari Arah Plaza Tol Kuala Kangsar Ke Bengkel Labu
Sayong Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.01 :
Saya
pelik dan hairan, Labu Sayong ( kegunaan air ) kepunyaan jiran airnya
sungguh sejuk dan segar dan sedap. Tetapi mengapa Labu Sayong ( kegunaan air
) kepunyaan saya airnya berbau busuk @ bau cat / minyak diesel @ pahit air @
payau?
|
Jawapan 2.01 :
Dalam hal ini, kemungkinan besar anda telah
terbeli Labu Sayong bagi kegunaan perhiasan sahaja. Perlu diingatkan!!!
mana-mana Labu Sayong bagi kegunaan perhiasan tidak boleh dijadikan bekas
menyimpan air minuman. Ini kerana hampir kesemua Labu Sayong yang dihasilkan
bagi tujuan perhiasan kini adalah di 'cat' atau dilakukan pengubahsuaian dengan
pembakaran 'diesel' bagi tujuan mencantikkannya lagi supaya berkilat dan menawan.
Sekira ini terjadi maka, air yang anda isi akan berbau busuk, atau lebih dahsyat
berbau minyak diesel. Justeru, sebaiknya Labu Sayong jenis ini sesuai dijadikan
barangan kraf perhiasan sahaja. Bahkan, air yang diisi tidak berasa segar dan
sedap kerana permukaan Labu Sayong menjadi tidak telap air ( disebabkan dicat )
dan air yang diisi tidak boleh bebas berkitar secara semulajadi. Justeru,
anda dinasihatkan supaya benar-benar membeli Produk Labu Sayong bagi kegunaan
bekas minuman di mana airnya sudah tentu sedap dan segar seperti air semulajadi
dalam batuan tanah. Telah banyak rungutan yang kami terima perihal mutu produk
Labu Sayong dalam daerah Kuala Kangsar. Pada hemat saya, anda boleh meminta para
penjual supaya memberikan produk Labu Sayong bagi kegunaan air benar-benar
sebagai bekas air minuman supaya tidak tersalah beli Labu Sayong kegunaan
perhiasan yakni di 'cat'. Untuk pengetahuan, Bengkel Labu Sayong kami di Kampung
Paya Lintah Padang Rengas; merupakan bengkel pengkhususan membuat Labu Sayong
untuk kegunaan asli bekas air minuman.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.02 :
Saya
ada diberitahu, bahawa Labu Sayong airnya kini tidak sedap. Tapi, dari
pengalaman saya sendiri, khususnya Labu Sayong yang dibeli oleh keluarga
saya airnya amat segar dan sedap diminum. Malah hampir 2 tahun digunakan
secara berterusan. Justeru, kenapa keadaan serta trend tanggapan pembeli
sekarang begitu?.
|
Jawapan 2.02 :
Untuk pengetahuan, kami tidak terkecuali
daripada menerima kesan yang saudara nyatakan tadi. Hal ini terjadi disebabkan
pengguna terbeli Labu Sayong pada sangkaan pengguna untuk bekas air minuman
tetapi sebenarnya membeli Labu Sayong kegunaan perhiasan. Tidak diketahui siapa
yang bersalah dalam hal ini, bagi pihak penjual yang lain mungkin menyangka
pembeli yang membeli produk Labu Sayong kegunaan perhiasan mereka untuk
dijadikan barangan perhiasan di rumah ataupun pejabat. Bagi pihak pengguna
anggapan mereka bahawa produk Labu Sayong sebagai bekas menyimpan air minuman
sebenarnya tidak lagi sesuai pada zaman kini. Labu Sayong kini telah berevolusi
dan diberi nafas inovasi supaya lebih kompetatif dalam dunia perniagaan sekarang.
Labu Sayong kini terbahagi kepada 2 jenis kegunaan iaitu sebagai bekas air
minuman dan satu lagi sebagai kegunaan perhiasan sahaja. Justeru, adalah amat
dinasihatkan supaya pengguna @ pembeli pastikan bahawa produk Labu Sayong yang
dibeli itu adalah benar-benar jenis bekas air minuman sekiranya anda mahu
menjadikannya sebagai bekas menyimpan air minuman. Ini kerana tanggapan pengguna
sekarang amatlah silap jika berlaku kes-kes yang dinyatakan tadi. Tidak
diketahui, samada tanggapan negatif ini sengaja disebarkan bagi melumpuhkan
industri desa yang majoritinya diusahakan pengusaha kecil. Diharap para
pengusaha dan penjual berilah penerangan secukupnya kepada pembeli supaya salah
faham yang berlaku di pihak pengguna tidak berlarutan dan memberi kesan tidak
sihat kepada para pengusaha dan penjual barangan kraf Labu Sayong, buat kita
semua dalam daerah Kuala Kangsar. Untuk pengetahuan, Bengkel Labu Sayong kami di
Kampung Paya Lintah Padang Rengas; merupakan bengkel pengkhususan membuat Labu
Sayong untuk kegunaan asli bekas air minuman.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.03 :
Saya
sudah lama tidak membeli Labu Sayong. Ini kerana Labu Sayong saya sering
saja kekeringan walaupun berkali-kali diisi dengan air hingga penuh. Kenapa
ia begitu, adakah ia bocor?.
|
Jawapan 2.03 :
Ya memang benar ianya bocor jika apa yang
saudara katakan begitu. Jadi jangan berputus asa dan anda perlu membeli yang
baru. Sebenarnya bukan semua produk Labu Sayong 'bocor' malah diakui memang ia
adalah buatan tangan manusia yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.
Malah tidak dijamin seratus peratus setiap barangan keluaran Labu Sayong yang
dihasilkan 'elok'. Namun, setiap pengusaha terutamanya diri saya sendiri akan
memastikan produk keluaran mereka 'Labu Sayong' bermutu dan berkualiti. Di pihak
saya, sebagai pengeluar barangan kraf membenarkan produk berkenaan ditukar
semula dengan yang baru dengan syarat barangan kraf tersebut adalah benar-benar
barangan keluaran kami di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas.
Serta Keadaan barangan tersebut benar-benar bocor dan tidak melibatkan sebarang
kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh pengguna. Secara terang, anda wajib
membawa barangan kraf 'Labu Sayong' tadi untuk kami membuat pemeriksaan. Untuk
pengetahuan setakat ini tiada langsung aduan yang diterima daripada pengguna
perihal barangan kraf keluaran bengkel kami. Ini disebabkan tiada seorang
pekerjapun yang diupah di Bengkel Labu Sayong kami kerana hanya kami sekeluarga
yang mengusahakan perusahaan kraftangan Labu Sayong. Jadi sudah tentu kualiti
pengeluaran terjamin.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.04 :
Kenapa
Labu Sayong kepunyaan saya seperti akan berpeluh. walhal, ia baru saja
dibeli?.
|
Jawapan 2.04 :
Untuk pengetahuan, memang Labu Sayong akan berpeluh sewaktu
mula - mula digunakan apabila diisi dengan air buat pertama kali. Hal ini
berlaku disebabkan air yang diisi akan mula meresap terlebih dahulu badan Labu
Sayong yang diperbuat daripada tanah liat yang telah bertukar menjadi batuan.
Oleh itu, anda tidak perlu risau akan situasi ini untuk 3 hingga 4 hari
seterusnya. Air yang anda isi itu akan surut sedikit demi sedikit supaya air
benar-benar telah sebati dengan badan Labu Sayong tersebut. Akan tetapi,
sekiranya air yang diisi terus menerus meresap keluar maka kesimpulan yang
dibuat Labu Sayong anda bocor dan anda perlu memulangkan kembali untuk
digantikan dengan yang baru. Pihak kami di
Bengkel
Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas ada menyediakan kertas
panduan dan mengandungi petua tersendiri bagi menggunakan Labu Sayong yang
dibeli dari pihak kami.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.05 :
Setelah
berminggu - minggu digunakan, Labu Sayong yang saya beli mula menampakkan
keputihan di permukaan badan dan di muncungnya seolah-olah berkulat?
|
Jawapan 2.05 :
Labu Sayong amat berbeza dengan bekas minuman
yang lain seperti mug, jug dan pinggan mangkuk berporselin kaca. Secara fizikal,
Labu Sayong adalah tanah liat yang dibakar tanpa sebarang sanduran unsur atau
bahan lain. Oleh demikian, tanah liat ini yang membentuk Labu Sayong telah
menjadi batu berlapis menyamai batuan biasa di dalam tanah. Faktor inilah juga
menyebabkan air Labu Sayong sejuk semulajadi jika dibandingkan bekas yang lain.
Oleh kerana airnya berkitar dan meresap batuan tanah liat, badan Labu Sayong
akan sentiasa menyejuk dan ini sebagai penggalak debu-debu yang berterbangan di
dalam rumah kita akan pergi ke arahnya dan terperangkap pada permukaan Labu
Sayong. Kulat atau keputihan yang dimaksudkan sebenarnya adalah debu-debu yang
terkumpul dan Labu Sayong anda tidak dicuci untuk jangka masa yang lama. Labu
Sayong sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi antaranya kerap dibersihkan dan
dicuci pada permukaan badan serta bahagian muncungnya, ketika menggunakannya
pastikan tangan anda bersih daripada sisa makanan atau kotoran.
. Sekarang, anda tentu faham apa yang cuba saya
jelaskan. Justeru, anda jangan malas membersihkan permukaan Labu Sayong anda
sekerap yang mungkin. Apatah lagi, sekiranya persekitarannya berprofil tinggi
dengan kandungan debunya. Maka inilah yang dikatakan kelainan, keistimewaan dan
keunikan Labu Sayong sebagai khazanah tinggalan bangsa kita. Sekian.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.06 :
Saya
ingin menggunakan kembali Labu Sayong ( Untuk kegunaan air ) yang telah lama
tidak dipakai. Masalahnya, keadaan seperti kulat di dalamnya. Boleh jelaskan
mengapa ia terjadi?
|
Jawapan 2.06 :
Labu Sayong amat berbeza dengan bekas minuman
yang lain seperti mug, jug dan pinggan mangkuk berporselin kaca. Secara fizikal,
Labu Sayong adalah tanah liat yang dibakar tanpa sebarang sanduran unsur atau
bahan lain. Oleh demikian, tanah liat ini yang membentuk Labu Sayong telah
menjadi batu berlapis menyamai batuan biasa di dalam tanah. Faktor inilah juga
menyebabkan air Labu Sayong sejuk semulajadi. Oleh demikian, keadaan seperti
kulat terjadi disebabkan ia tidak digunakan sekian lama di mana masih ada
takungan air dan persekitaran dalamannya yang lembab kemudian disimpan tanpa
dikeringkan terlebih dahulu. Lihat batuan sungai yang deras airnya yang
disamakan Labu Sayong yang terus menerus digunakan dengan Batuan yang airnya
bertakung tidak mengalir yang disamakan Labu Sayong yang sekian lama tidak
digunakan. Perbandingan pasti jelas iaitu batuan sungai yang deras airnya tidak
berlumut manakala yang satu lagi pasti berlumut. Hal ini samalah tentang Labu
Sayong. Cuba fikirkan, Labu Sayong berbadankan batuan tanah liat biasa
semata-mata manakala bekas lain seperti mug, jug dan mangkuk berporselin kaca
berbadankan tanah liat di dalamnya dan di luar selaluti unsur kimia melalui
pembakaran teknik glaze. Sekarang, anda mesti faham apa yang cuba saya jelaskan.
Justeru, anda jangan berputus asa dengan membuat pembelian yang baru. Maka
inilah yang dikatakan kelainan, keistimewaan dan keunikan Labu Sayong sebagai
khazanah tinggalan bangsa kita. Sekian.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.07 :
Bagaimanakah
cara / petua / kaedah untuk memastikan Labu Sayong yang kita beli itu
benar-benar 'cukup masak' dan selamat daripada kerugian daripada 'terbeli'
Labu yang 'tidak cukup masak'. Dengar khabar, jika 'tidak cukup masak' labu
Sayong akan retak dan bocor apabila diisi dengan air dan tidak boleh dipakai.
|
Jawapan 2.07 :
Terdapat petua mudah bagi memastikan samada
Labu Sayong (Untuk Kegunaan Bekas Minuman) benar-benar 'masak'.Keadaan 'Tidak
Cukup Masak' membuatkan tanah liat yang membentuk Labu Sayong masih berkeadaan rapuh belum bertukar menjadi
batu sepenuhnya dan akan 'cair' apabila terkena air. Atau istilah yang paling tepat ialah
'lerak'. Kesimpulan
yang boleh dibuat, anda telah terbeli Labu Sayong yang dibakar 'Tidak Cukup
Masak'. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku pastikan anda menggunakan
petua ini. Iaitu semasa membeli jentik badan Labu Sayong 'Kegunaan Bekas Minuman'
beberapa ketika dengan muncung Labu Sayong didekatkan di telinga, jika ia
berbunyi gema nyaring 'king, king, king' maka ia bermakna 'Dibakar Cukup Masak'
dan jika sebaliknya iaitu berbunyi 'tek, tek, tek' maka sudah pasti Labu Sayong
tadi dibakar 'Masih Mentah'. Justeru, anda akan bakal berhadapan yang anda
katakan tadi iaitu retak dan bocor.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.08 :
Bolehkah
Labu Sayong diisi dengan air panas. Dan air selain daripada air masak
bolehkah diisi pada labu sayong itu.
|
Jawapan 2.08 :
Air masak yang panas tidak akan memudaratkan
Labu Sayong. Ini kerana Labu Sayong sendiri dibakar pada suhu yang amat tinggi.
Namun, air masak yang panas akan menyejuk dalam beberapa jam kemudian.
Seelok-eloknya, hanya air masak sahaja yang amat sesuai digunakan kerana Labu
Sayong sememangnya bekas menyimpan air masak sejak dahulu kala lagi. Sekiranya
air minuman lain diisi sebagai contoh air sirap maka apabila dibasuh dan
digantikan dengan air masak kembali; air masak tersebut akan berbau sirap.
Sekian.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.09 :
Banyak
rungutan yang saya dengar berhubung Labu Sayong. Namun, rakan saya yang
berasal dari Kuala Kangsar ada menasihatkan supaya berhati-hati membeli Labu
Sayong kerana kebanyakkannya 'dicat'. Beliau menasihati saya supaya membeli
Labu Sayong yang memang warna kehitamannya yang asli iaitu dibakar dengan
sekam padi @ habuk papan semata-mata. Walaupun terdapat kepudaran di hujung
muncung Labu Sayong tersebut. Pendapat beliau, itu lagi baik daripada Labu
Sayong yang kelihatan hitam bersinar( menonjol sangat ) yakni 'dicat'. Jadi
apakah benar begitu?.
|
Jawapan 2.09 :
Memang ada kebenaran seperti yang telah
dinasihatkan oleh rakan saudara itu. Ini kerana ramai penjual yang mahu barangan
kraf Labu Sayong dalam stok mereka yang dibeli daripada pembekal supaya lebih
berkilat dan menawan hati para pelanggan. Kebanyakkan penjual hanya mementingkan
keuntungan dan keinginan menghabiskan stok dengan segera tanpa memikirkan kesan
kepada pengguna/pembeli Labu Sayong. Jangan terkejut jikalau dikatakan para
penjual sendiri tidak merasakan air yang diisi ke dalam Labu Sayong yang di'cat'
sendiri oleh mereka. Bayangkan jika anda sendiri mengecat cawan anda dengan cat
dan varnis kemudiannya anda sendiri menggunakannya untuk bekas minuman anda.
Anda sanggupkah? Bagaimana kandungan kimia pada cat yang digunakan?
Untuk pengetahuan semua, mana-mana produk Labu
Sayong yang di'cat' pada permukaannya adalah tujuan kegunaan perhiasan sahaja.
Namun, pengecualian di buat ke atas
Labu
Sayong Kegunaan Bekas Minuman yang (dibakar Merah) kerana ada yang
diwarnakan menggunakan warna khas tapi bukan cat pada badan Labu Sayong.
Istilah 'Labu Sayong Asli' bermakna Labu Sayong
untuk kegunaan bekas menyimpan air minuman dan tidak dicat seperti Labu Sayong
kegunaan perhiasan. Umum mengetahui Labu Sayong Asli berwarna kehitaman
semulajadi. Itu sebab dalam keadaan tertentu terdapat kepudaran di hujung
muncung Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman. Kepudaran ini berlaku secara
tidak sengaja apabila Labu Sayong dalam kuantiti yang kecil ( berdekatan dengan
api pembakaran ) berada pada suhu panas yang melampau atau istilah 'terlebih
masak sangat'. Hal ini tidak menjejaskan dari sudut penggunaannya dalam
menyimpan air cuma warnanya sahaja yang tidak menarik pembeli.
Akan tetapi, awas !! Labu Sayong (didakwa
sebagai Kegunaan Bekas Minuman) yang berkilat kehitaman. Pastikan ia
berwarna hitam asli pembakaran sekam padi/papan, jika hitam dicat ia hanya
sesuai untuk perhiasan sahaja. Sekiranya ia diisi air anda akan mendapati airnya
tidak sejuk dan tidak segar atau lebih malang akan berbau cat varnis. Bayangkan
jika anda sendiri mengecat cawan anda dengan cat spray dan varnis kemudiannya
anda sendiri menggunakannya untuk bekas minuman anda. Anda sanggupkah? Tepuk
dada tanya selera. Sudah tentu tindakan anda itu, untuk menjadikannya barangan
perhiasan sahaja bukan?. Sekian
|
|
Pertanyaan
2.10 :
Ibu
saya asal dari sayong. Beliau mengatakan Labu Sayong berwarna hitam asli itu
dibakar dengan memasukkannya kepada sekam padi @ habuk papan. Hanya itu
semata-mata katanya bagi memastikan kualiti airnya nanti. Akan tetapi,
baru-baru ini ada pengusaha mendakwa teknik baru dijalankan dengan
menambahkan minyak diesel ke dalam sekam padi @ habuk papan terbabit. Pada
hemat saya, logiknya sudah tentu Labu Sayong tersebut akan berbau minyak
'diesel' apabila digunakan oleh pengguna kelak seperti yang kita semua
ketahui sekarang. Apa pendapat saudara?.
|
Jawapan 2.10 :
Hal ini begitu sensitif untuk saya jelaskan,
ini kerana segelintir pengusaha ada yang melakukannya seperti yang didakwa
kebanyakkan orang. Namun, seperti perumpamaan "Kerana nila setitik, Rosak
susu sebelanga", telah ramai orang yang datang ke Bengkel Labu Sayong kami
untuk membeli Labu Sayong mengemukakan aduan mereka bahawa Labu Sayong yang
dibeli di tempat lain berbau 'diesel'. Di sini kami sekeluarga hanya terdaya
memaklumkan bahawa pihak kami tidak terlibat aktiviti seumpama itu, yang jelas
kami sekeluarga sebagai pengusaha Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas
kekal menggunakan teknik pembakaran sekam secara tradisi iaitu hanya berbekalkan
sumber sekam padi atau habuk papan semata-mata tanpa ditokok tambah dengan unsur
lain. Malah kami turut memberikan pelanggan untuk merasa sendiri rasa air Labu
Sayong buatan Bengkel kami yang sememangnya segar, sejuk dan sedap diminum.
Seperkara lagi, diharap dapatlah saudara
atau pembeli lain membuat perbezaan tentang Labu Sayong Asli untuk kegunaan
bekas minuman dan Labu Sayong yang berkilat kehitaman untuk kegunaan perhiasan.
Anda pasti boleh membezakannya akan mana satu yang di'cat' atau berwarna
kehitaman semulajadi serta menghidu bau pada muncung Labu Sayong berkenaan.
Sekian
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
2.11 :
Labu
yang saya beli, dalam beberapa minit meretak setelah diisi dengan air.
Kenapa ini terjadi?. Walhal, air yang saya isikan itu sejuk bukannya panas.
|
Jawapan 2.11 :
Air masak yang panas tidak akan memudaratkan
Labu Sayong. Ini kerana Labu Sayong sendiri dibakar pada suhu yang amat tinggi.
Namun, hal ini terjadi sekiranya Labu Sayong tadi dibakar 'Belum Cukup Masak'.
Keadaan ini membuatkan tanah liat masih berkeadaan rapuh belum bertukar menjadi
batu dan akan 'cair' apabila terkena air. Atau istilah yang paling tepat ialah 'lerak'.Kesimpulan
yang boleh dibuat, anda telah terbeli Labu Sayong yang dibakar 'Tidak Cukup
Masak'. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku pastikan anda menggunakan
petua ini. Iaitu semasa membeli jentik badan Labu Sayong 'Bekas Minuman'
beberapa ketika dengan muncung Labu Sayong didekatkan di telinga, jika ia
berbunyi gema nyaring 'king, king, king' maka ia bermakna 'Dibakar Cukup Masak'
dan jika sebaliknya iaitu berbunyi 'tek, tek, tek' maka sudah pasti Labu Sayong
tadi dibakar 'Masih Mentah'.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
3.01 :
Benarkah
Labu Sayong ini airnya amat mujarab dan bagus dijadikan ubat?. Bagaimana
pendapat anda?.
|
Jawapan 3.01 :
Ia sebenarnya bersifat subjektif, yang jelas
air yang disimpan di dalamnya berasa sejuk semulajadi, segar dan sedap diminum.
Malah amat sesuai menghilangkan dahaga di waktu malam selain menyejukan badan
dan mengurangkan batuk biasa. Penggunaan Labu Sayong di rumah mengakibatkan anda
akan mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian. Memang ada pesan
orang-orang tua dahulu berkenaan khasiat Labu Sayong. Antaranya dijadikan ubat
air penawar yang di dahulukan dengan doa-doa tertentu bagi sakit-sakit badan
yang berpunca unsur mistik Di samping suhu airnya secara semulajadi yang amat
sesuai pada tubuh badan. Kesejukan airnya amat berbeza jika dibandingkan sejuk
ais batu malah air sejuk Labu sayong lebih puas diminum di waktu panas tengahari.
Seperkara lagi, bagi pengguna yang tahu dan faham khasiat penggunaan tanah liat
dalam perubatan tradisional alternatif. Maka semestinya faham akan mengapa nenek
moyang kita mengatakan Labu Sayong airnya amat berkhasiat.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
3.02 :
Boleh
saudara terangkan, apakah keistimewaan dan khasiat sebenar air Labu Sayong.
Mengapa airnya sejuk dan segar malah sedap diminum.
|
Jawapan 3.02 :
Perlu dinyatakan bahawa Labu Sayong berbeza dengan
mana-mana bekas air seperti teko kaca berporselin, mug, jug dan sebagainya. Ini
kerana lazimnya, air yang disimpan di dalam jug, teko yang dibakar teknik glaze
(berporselin kaca) tidak akan sejuk. Berbeza Labu Sayong asli (kegunaan bekas
minuman) yang mana airnya segar dan sejuk secara semulajadi seakan di dalam
batuan tanah. Untuk makluman, Labu Sayong diperbuat daripada tanah liat khas
yang boleh dibakar menjadi tembikar batu tanpa mengandungi campuran yang lain.
Oleh sebab itu, Labu Sayong yang asli akan menjadikan air yang disimpan menjadi
sejuk, segar dan sedap diminum. Airnya juga boleh menyejukkan badan dan
dikatakan penawar penyakit mistik apabila diamalkan meminumnya selalu. Labu
Sayong yang asli akan membenarkan air masak yang disimpan di dalamnya berkitar
dan menyerap tembikar batu dan berkodensasi dalam istilah sainsnya dan ini
menyebabkan badan Labu Sayong sentiasa sejuk apabila diisi dengan air di
dalamnya.Untuk merasakan keenakan rasa air Labu Sayong, air yang diisi hendaklah
air masak dan diperam untuk jangkamasa 3 atau 4 jam setiap kali Labu Sayong
diisikan dengan air yang baru.
Istilah 'Labu Sayong Asli' bermakna Labu Sayong
untuk kegunaan bekas menyimpan air minuman dan tidak dicat seperti Labu Sayong
kegunaan perhiasan. Awas !! Labu Sayong (Kegunaan Bekas Minuman)
yang berkilat kehitaman. Pastikan ia berwarna hitam asli pembakaran sekam padi/papan,
jika hitam dicat ia hanya sesuai untuk perhiasan sahaja. Sekiranya ia diisi air
anda akan mendapati airnya tidak sejuk dan tidak segar atau lebih malang akan
berbau cat varnis. Bayangkan jika anda sendiri mengecat cawan anda dengan cat
dan varnis kemudiannya anda sendiri menggunakan untuk bekas minuman anda. Anda
sanggupkah? Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu tindakan anda itu, untuk
menjadikannya barangan perhiasan sahaja bukan?. Sekian
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
3.03 :
Boleh
saudara terangkan teknik @ petua @ panduan yang sepatutnya diikuti apabila
menggunakan Labu Sayong pertama kali dipakai. Ini kerana bermacam-macam
versi yang saya difahamkan.
|
Jawapan 3.03 :
Jika anda membeli barangan kraf Labu Sayong
kami di Bengkel Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang Rengas. Anda akan
disertakan kertas panduan iaitu petua menggunakan Labu Sayong supaya air yang
diisi akan berasa sedap diminum dan tidak berbau.
Untuk pengetahuan, Bengkel Labu Sayong kami di
Kampung Paya Lintah Padang Rengas; merupakan bengkel pengkhususan membuat Labu
Sayong untuk kegunaan asli bekas air minuman.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
4.01 :
Jika
saya ke tempat anda dan membeli barangan kraf. Bolehkah, sekiranya Labu
Sayong 'air' ( kemudian didapati bocor ) @ bermasalah dipulangkan dan
diganti dengan yang lain?.
|
Jawapan 4.01 :
Ya, dengan syarat barangan kraf Labu Sayong (
Untuk Bekas Minuman ) benar-benar buatan kami di Bengkel Labu Sayong Paya Lintah.
Labu Sayong yang bocor akan diganti yang baru setelah pemeriksaan selesai
dijalankan oleh kami. Justeru, anda wajib memulangkannya kepada kami. Istilah 'Bocor'
merujuk kepada keadaan Labu Sayong seperti keadaan asal yang dibeli tanpa
sebarang kecacatan baru. Kecacatan baru ditakrifkan sebarang kesan perbuatan
yang mendatangkan kerosakan seperti retak atau pecah. Jika ini berlaku, ia
sememangnya kecuaian anda dan kami tidak akan melayan tuntutan tersebut.
Lihat Artikel
Khusus Labu Sayong Buatan Bengkel Kampung Paya Lintah
|
|
Pertanyaan
4.02 :
Saya
ingin membeli dan membuat tempahan ke atas 500 biji Bekas Telur. Berkenaan
urusan deposit, berapakah jumlah yang harus saya bayar dan bagaimana
prosesnya?.
|
Jawapan 4.02 :
Sebarang
tempahan mesti dilakukan awal tidak kurang daripada sebulan. Bergantung
juga jumlah barangan kraf yang ditempah dan kekangan tenaga kerja semasa yang
kami ada. Berkenaan bayaran deposit, segala urusan dibincangkan di talian 012-4595687 atau anda datang sendiri ke Bengkel Labu Sayong kami di
alamat
yang tertera. Bayaran deposit dikenakan adalah separuh daripada jumlah
harga barangan yang ditempah samada anda membayarnya sendiri atau 'bank in' ke
dalam akaun saya bernama KHAIRUL SHAHRIL BIN KHARUDDIN.
Nombor Akaun Bank dan Nokp akan diberi semasa perbincangan semasa dalam talian telefon.
Justeru, diingatkan hanya akaun bank bernama KHAIRUL
SHAHRIL BIN KHARUDDIN sahaja di terima. Segala
kesilapan, saya bagi pihak pengusaha Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang
Rengas tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Oleh demikian, simpan salinan
slip 'bank in' berkenaan untuk rujukan urusan selanjutnya.
|
|
Pertanyaan
4.03 :
Saya
ingin membeli dan membuat tempahan ke atas 500 biji Bekas Telur. Berkenaan
urusan deposit, berapakah jumlah yang harus saya bayar dan bagaimana
prosesnya?.Bagaimana jika saya meminta saudara untuk menghantar barangan itu
ke tempat saya di KL kerana saya tiada kesempatan untuk pergi ke tempat
saudara.
|
Jawapan 4.03 :
Sebarang
tempahan mesti dilakukan awal tidak kurang daripada sebulan. Bergantung
juga jumlah barangan kraf yang ditempah dan kekangan tenaga kerja semasa yang
kami ada. Berkenaan bayaran deposit, segala urusan dibincangkan di talian 012-4595687
atau anda datang sendiri ke Bengkel Labu Sayong kami di
alamat
yang tertera. Bayaran deposit dikenakan adalah separuh daripada jumlah
harga barangan yang ditempah samada anda membayarnya sendiri atau 'bank in' ke
dalam akaun saya bernama KHAIRUL SHAHRIL BIN KHARUDDIN.
Nombor Akaun Bank dan Nokp akan diberi semasa perbincangan dalam talian telefon.
Justeru, diingatkan hanya akaun bank bernama KHAIRUL
SHAHRIL BIN KHARUDDIN sahaja di terima. Segala
kesilapan di pihak anda, saya bagi pihak pengusaha Labu Sayong Kampung Paya Lintah Padang
Rengas tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Oleh demikian, simpan salinan
slip 'bank in' berkenaan untuk rujukan urusan selanjutnya.
Berkenaan khidmat penghantaran yang saudara
minta, pihak kami memang
ada menyediakan sekali pakej penghantaran tetapi bagi destinasi yang telah
ditetapkan. Anda boleh klik
'halaman
destinasi' untuk rujukan. Segala temujanji mestilah diadakan terlebih
dahulu untuk kemudahan kedua-dua belah pihak. Untuk pakej penghantaran, anda
mesti bersetuju untuk membayar kos penghantaran dibuat oleh kami seperti yang
dinyatakan di dalam 'halaman
destinasi' yang disediakan.
|
|
Pertanyaan
4.04 :
Saya
seorang peniaga, ingin membuat pembelian pukal @ borong ke atas barangan
kraf Labu Sayong. Berapakah harga yang boleh saya perolahi serta berapakah
lama tempahan masa untuk menyiapkan barangan yang saya tempah? Serta
berapakah had minimum dan maksimum Labu Sayong @ kraf lain yang boleh
ditempah.
|
Jawapan 4.04 :
Berkenaan harga borong, sudah tentu harga
berkenaan lebih murah daripada harga jualan dengan syarat barangan kraf yang
ingin dibeli secara borong hendaklah dalam kuantiti yang banyak. Kepada mereka
yang sekian lama menjadi pemborang tetap barangan kraf kami, barangan yang
ditempah akan disiapkan secepat mungkin. Bagi mereka yang pertama kali
ingin memjadi pemborong barangan kraf, kami menetapkan syarat had minumum yang
diborong ialah 33 biji untuk labu sayong dan barangan kraf lain yang bersaiz
besar. Manakala 100 biji untuk sebarang
barangan kraf perhiasan @ hadiah yang
bersaiz kecil. Berkenaan had maksimum tempahan, tiada had maksimum yang
dikenakan. Namun, mungkin diadakan secara berperingkat.
Selain itu, anda dinasihatkan sebaik-baiknya
sebarang
tempahan hendaklah diadakan awal paling lewat sebulan dari tarikh yang
dikehendaki.
|
|
Pertanyaan
4.05 :
Saya
seorang peniaga, ingin membuat pembelian pukal @ borong ke atas barangan
kraf Labu Sayong. Berapakah harga yang boleh saya perolahi serta berapakah
lama tempahan masa untuk menyiapkan barangan yang saya tempah? Serta
berapakah had minimum dan maksimum Labu Sayong @ kraf lain yang boleh
ditempah.
|
|
|
Pertanyaan 4.06 :
Kami
berasal dari rawang, ingin membuat tempahan @ Pembelian bekas telur untuk
kenduri perkahwinan @ Labu Sayong @ Kraf lain. Bagaimanakah cara untuk
sampai ke tempat Bengkel Labu Sayong Paya Lintah. Jika kami masuk susur
keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar?.
|
|
| |
|